Hidup terlalu singkat untuk membenci.
Memaafkan pasangan hidup kita seperti memaafkan diri sendiri!
Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yang
sengaja diperbesar-besarkan oleh kita sendiri.
Tirulah sifat Al A’ffu (Maha Pemberi
Maaf) Allah SWT… yang terus-terusan memaafkan kesalahan hamba-Nya
selagi kitam sudi bertaubat. Hanya dosa syirik, selain itu… pengampunan Allah tidak bertepi dan “bertapi” lagi.
Jadi siapakah kita yang tidak mahu
memaafkan kesalahan suami atau isteri kita? Kita hanya manusia yang
turut berdosa… Apakah kita terlalu suci untuk tidak memaafkan dosa orang
lain? Sesungguhnya, manusia lain berhak mendapat kemaafan sesama
manusia. Dan manusia yang paling berhak mendapatkan kemaafan itu tidak
lain tidak bukan ialah isteri atau suami kita.
Kerana cinta Allah terus sudi memaafkan,
dan kerana cinta jugalah kita seharusnya sudi memaafkan kesalahan
pasangan kita hanya kerana mengharapkan kemaafan Allah. Ingatlah, kita
mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita, tetapi kerana
perintah Allah agar mencintai mereka!
Katakan kepada diri, betapa sukar
sekalipun, kau wajib memaafkan. Memang kadangkala ada tingkah lakunya,
tutur katanya atau sikapnya yang terlalu menyakitkan hati… Ditahan-tahan
rasa, ditutup-tutup mata, dipujuk-pujuk jiwa, tetapi kesalahan itu
terbayang dan terkenang jua. Hendak melupakan? Ah, jauh sekali. Sekadar
memaafkan pun begitu berat terasa di hati.
Bila datang perasaan semacam itu di hati
mu… sedarlah ketika itu Allah menguji cinta mu! Allah bukan sahaja
menguji cinta mu kepadanya, tetapi menguji cinta mu kepada-NYA.. Pada
ketika itu terujilah cinta kita, apakah benar-benar cinta kerana Allah
atau cinta hanya mengikut perasaan atau cinta nafsu? Memang, orang yang
paling dapat membuat diri mu marah ialah orang yang paling kau cintai.
Jadi bila kita diuji begini katakan pada diri… Oh, Tuhan Kau sedang
mengajarku erti cinta dan sabar.
Jika benar cintakan dia kerana cintakan DIA (Allah), maka mudahlah kita mengorbankan perasaan marah. Justeru sesungguhnya cinta itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah. Jika cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan diri kita sendiri.
Jika benar cintakan dia kerana cintakan DIA (Allah), maka mudahlah kita mengorbankan perasaan marah. Justeru sesungguhnya cinta itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah. Jika cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan diri kita sendiri.
Kemaafan itu akan memberi ketenangan
bukan sahaja untuk isteri atau suami mu tetapi buat hati mu sendiri.
Percayalah, kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang (lebih-lebih
lagi kepada orang yang kita cintai) adalah lebih menyeksa diri sendiri
berbanding dia yang kita marahkan. Kemarahan seumpama ‘bom jangka’ yang
menunggu saat untuk meledak di dalam diri kita. Ia boleh menjelma menjadi satu penyakit cinta yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu ialah “benci tapi rindu”.
Sekali lagi, untuk mendapat ketenangan
dalam hidup… berilah kemaafan. Kata ahli psikologi, bila kita memaafkan
barulah kita ‘bebas’ dari belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang
kita marahkan itu. Selagi belum memaafkan, selagi itulah apa yang kita
marahkan sentiasa melekat pada diri dan hati kita. Kemarahan itu
adalah “api” dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri.
Manakala kemaafan umpama salju dingin yang akan memadamkannya.
Justeru, memaafkan pasangan adalah tradisi atau “life style” orang-orang yang soleh.
Sayidina Umar memaafkan isteri yang meleterinya. Sayidina Ali pernah
memaafkan Siti Fatimah yang pernah mengguris perasaannya. Kita tentu
ingin meneladani mereka bukan? Bermulalah dengan sesuatu yang mudah,
maafkan orang yang hampir dengan kita. Siapa lagi, kalau bukan isteri
atau suami?
Islam menuntut kita memaafkan musuh kita
sekalipun… Apatah lagi memaafkan isteri atau suami sendiri. Ingat, kita
tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Bahagia
itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi. Bukan hanya memberi
keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi, itulah
kemaafan. Dan hakikatnya suami atau isteri kita lebih berhak untuk mendapat kemaafan itu sebelum kita memaafkan orang lain!
Anehnya kita sukar memaafkan orang yang
masih hidup. Kita lebih mudah memaafkan orang yang telah mati. Sedangkan
kemaafan itu penting untuk orang yang nasuh hidup, bukan untuk orang
yang telah mati. Bayangkan, isteri atau suami kita tiba-tiba sahaja
meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya, tenangkah hati kita
ketika ditinggalkan oleh sidia buat selama-lamanya? Sedangkan masih ada
yang “tidak selesai” antara hati-hati kita berdua?
Atau kita sendiri yang tiba-tiba
meninggal dunia, bolehkah kita kembali dengan tenang sebelum memberi
kemaafan kepada orang lain? Jangan bertangguh lagi, maafkanlah,
kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat
sekiranya salah seorang kita pergi menghadap Ilahi dahulu.
Percayalah! Saya pernah mendengar cerita
betapa ada seorang suami yang kematian isteri, yang hingga kini masih
terseksa jiwanya akibat tidak memaafkan isterinya yang tiba-tiba mati
dalam satu kemalangan yang tidak disangka-sangkanya. Mintalah kemaafan, dan berilah kemaafan, jika benar kita sedari mati itu datang tiba-tiba!
Telah berapa kali saya ulangi bahawa jika
kita tidak maafkan orang lain, samalah dengan tidak memaafkan diri
sendiri. Hati kita akan lebih menderita kerana itu. Telah terbukti ramai
penghuni rumah sakit jiwa adalah terdiri daripada mereka yang bakhil…
Bakhil kerana harta? Bukan! Tetapi terlalu bakhil untuk memberi satu
kemaafan. Jangan lokek untuk memberi maaf, jika tidak, hidup
kita akan sentiasa diselubungi stres, murung dan resah walaupun mungkin
tidak sampai dihantar ke rumah sakit jiwa.
Kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh
sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan, kekhuatiran,
kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu, seseorang
atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh sebarang
pil, antibodi ataupun vaksin… tetapi hanya oleh tindakan memaafkan orang
lain. Memberi maaf itu adalah terapi dan penawar jiwa yang lara.
Seorang ahli falsafah, Plato pernah
berkata,“kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa
mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak
harus dirawat berasingan.” Insya-Allah, sekiranya penyakit jiwa dan
fikiran diubati terlebih dahulu maka penyakit lahiriah akan dapat
diubati dengan mudah. Siapa doktornya? Bukankah diri kita sendiri?
Apakah ubatnya? Ya, sikap pemaaf.
Justeru antara adab tidur yang dianjurkan
oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan oleh kita ialah memaafkan kesalahan
orang lain. Setelah membaca “4 Qul”, doa tidur dan zikir-zikir yang
lain, kita diminta memaafkan semua kesalahan orang lain pada hari itu. Dan
“orang lain” yang paling dekat dan hampir dengan kita ialah teman tidur
di sebelah… siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita.
Maafkanlah kesalahan pasangan kita sebelum episod hari itu berakhir. Jangan simpan dalam “fail” di hati sanubari kita. “Delete”
segera sebelum ia bertukar menjadi virus yang akan merosakkan rasa
cinta, sayang, kemesraan dan kerinduan antara kita suami isteri. Jangan
lagi fikirkan “sepatutnya, dia tidak boleh buat begitu atau begini…”
Selagi masih ada fikiran yang semacam itu, maka selagi itulah tidak akan
ada rasa ingin memaafkan atau meminta maaf.
Siapa kita yang sepatutnya dilayan,
dihormati dan dibelai mengikut jangkaan kita sendiri? Sebenarnya,
jangkaan kita dalam satu-satu itulah yang menyebabkan berlakunya
keretakan.
“Isteri ku sepatutnya bersikap begini terhadap ku. “
“Suami ku tidak sepatutnya bersikap begitu dengan ku.”
Jangkaan-jangkaan inilah yang menimbulkan
kekecewaan apabila ia tidak berlaku seperti yang kita jangkakan. Dan
anehnya itulah yang sentiasa berlaku. Kenapa? Jawabnya mudah, dunia dan
kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Oleh itu jangan
menempah sakit jiwa dengan sering menjangkakan sesuatu yang tidak mampu
dan tidak sepatutnya dijangka. Sebaliknya, terima atau jangkalah
sesuatu yang tidak dijangkakan!
Justeru, bila berlaku sesuatu yang tidak
dijangkakan bersumber dari pasangan kita, maka sikap memaafkan adalah
penawar yang paling melegakan. Oh, sepatutnya begitu, tetapi dia begini,
tak apalah… aku maafkan. Aku akan terus mengingatkannya, mendidiknya
dan mendoakannya. Semua itu kerana aku masih dan terus
cintakannya. Bila ada maaf, itu petanda ada cinta. Tiada ungkapan,
“tiada maaf bagi mu” selagi ada rasa cinta.
Kekadang ada yang terlalu sukar memaafkan
pasangannya. Mereka ini sentiasa kesal, menyesal dan kecewa atas
kesalahan, kekurangan dan kelemahan suami atau isterinya. Mereka yang
diserang penyakit “benci tapi rindu” ini akan menyeksa diri sendiri.
Kekadang isteri dimarahi, diherdik dan dicaci pada siang hari, namun
pada malamnya dia akan tidur bersamanya lagi. Rasulullah SAW sangat
membenci sikap suami yang begitu.
Mereka yang sukar memaafkan pasangan
hidup akan terseksa sepanjang hidup. Hidup dalam kebencian, kesepian,
kemurungan dan rasa bosan yang berpanjangan. Bila dekat timbul jemu,
bila jauh timbul rindu. Jadi maafkanlah selagi dia menjadi teman hidup
mu. Petanda cinta mu akan ke syurga ialah rumah tangga mu di
dunia menjadi tenang, damai dan harmoni. Apalagi yang boleh
menyumbangkan ke arah itu kalau bukan kemaafan?
Kata ahli psikologi, “Tuhan boleh
mengampunkan segala dosa kita, tetapi sistem saraf kita tidak.”
Maksudnya, sistem saraf tidak akan bertolak ansur dengan ketegangan dan
kerisauan. Dan jauh lebih lama sebelum itu Rasulullah SAW telah
mengingatkan, matilah kamu dengan marah mu!
Saudara/i ku, aku yang menulis ini pun
masih bermujahadah untuk memaafkan. Lalu di akhir catatan rasa dan
gurisan jiwa ini, ku hadiahkan sebuah puisi seadanya. Tentang gelombang
rasa dan gejolak jiwa sendiri dalam sebuah episod dalam hidup ku
sendiri. Sudi apalah kiranya kau tatapi bersama…
SUKARNYA MEMAAFKAN
Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama
Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu
Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika…
di pinggiran nostalgia
… sukarnya memaafkan
….sukarnya melupakan
Segalanya kini sudah berubahBila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika…
di pinggiran nostalgia
… sukarnya memaafkan
….sukarnya melupakan
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan…
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah…
Hati kita tak kan terpisah
Dan entah kenapa tiba-tiba kini…
Kita dipertemukan semula
…di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh…
Walau di awalnya terasa susah sungguh!
kredit :genta rasa