Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
Bayi itu bertanya kepada Allah : “Para malaikat di sini mengatakan
bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana
cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah
Allah menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, di dalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi
saya untuk berbahagia.”
Allah menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu
setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi
lebih berbahagia di sana”
Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang
bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Allah menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang
paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan
perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Allah menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Allah menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Allah menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan
akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu,
walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
Dan sang bayi bertanya perlahan : “Ya Allah, jika saya terpaksa pergi
sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu
maksudkan itu?”
Allah menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka
ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai
setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang
masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia
mahupun akhirat. ”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan
karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu
dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
kredit : tinta biru